XPDC MENDAKI GUNUNG TEBU 2013

 

Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) akan menganjurkan XPDC Mendaki Gunung Tebu 2013

pada 7 - 9 Mac 2013 bertempat di Gunung Tebu, Setiu Terengganu. Program rekreasi ini merupakan penganjuran

pertama pada tahun 2013 yang melibatkan 30 orang pelajar dan 10 orang staf yang akan bersama sepanjang program

ini berlansung.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan serta membina jatidiri peserta di samping

menawan puncak Gunung Tebu yang mempunyai daya tarikan dan khazanah alam semulajadi yang tidak ternilai.

Misi pendakian ialah untuk menawan puncak Gunung Tebu di samping melawati keindahan flora dan fauna di sepanjang

laluan ke puncak. Turut akan di selitkan dalam ekspidisi ini ialah aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran laluan

gunung agar sikap prihatin terhadap kebersihan sekitar dapat di serap ke dalam jiwa setiap pendaki. Sebarang pertanyaan

dan maklumat mengenai ekspedisi ini boleh menghubungi urusetia di  talian 09-6688722 di Pusat Sukan HEPA.