KURSUS ASAS KEHAKIMAN MEMANAH IPT @ KPT SIRI1, 2013

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) Memanah akan menganjurkan Kursus Asas Kehakiman Memanah IPT @ KPT Siri 1, 2013 pada 25 hingga 28 April 2013 bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA,Kampus Gong Badak. Kursus ini akan dikendalikan dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Pengisian kursus ini adalah pengenalan kepada sukan memanah (peraturan dan arahan keselamatan), taklimat teknikal berkaitan keperluan peralatan dan sistem pertandingan, taklimat kehakiman dan latihan praktikal meliputi aspek teknikal dan kehakiman.


Peserta yang lulus juga layak untuk bertugas sebagai hakim kejohanan di peringkat IPT dan sijil yang dikeluarkan akan diiktiraf oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).

 

Sekian, Terima Kasih...