Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Sukan & Rekreasi, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-668 8521

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

PAUTAN PANTAS

e-Kemudahan

e-Kemudahan

e-Kemudahan

e-Kemudahan

e-Kemudahan

e-Kemudahan

e-Kemudahan

e-Kemudahan

e-Kemudahan

e-Kemudahan

PUSAT SUKAN SPECIALITIES

Stadium UniSZA
Stadium UniSZA
Stadium UniSZA dilengkapi dengan padang bola sepak bertaraf kejohanan, trek olahraga, tempat duduk berbumbung, serta pencahayaan malam yang sesuai untuk aktiviti waktu petang atau malam. Menjadi pusat riadah utama yang memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus dan komuniti.
PKS Memanah
PKS Memanah

UniSZA telah dipilih sebagai Pusat Sukan Tumpuan (PST) Memanah pada tahun 2010. Bermula pada tahun 2012, UniSZA telah diberi kepercayaan untuk menaik taraf PST Memanah kepada Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) Memanah di peringkat IPT

 

UniSZA Soccer Kids
UniSZA Soccer Kids

UniSZA Soccer Kids Academy telah ditubuhkan dan dilancarkan pada 20 November 2023, bertujuan untuk memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran kepada komuniti setempat untuk mempelajari asas bola sepak.

Akademi Sunnah
Akademi Sunnah

UniSZA kini dalam usaha mempromosikan sukan sunnah iaitu sukan memanah dan berkuda. Ketersediaan sebuah stable dan jurulatih bagi sukan berkuda dan fungsi UniSZA sebagai PKS Memanah membolehkan sukan sunnah dibudayakan di sini.



QUOTES

  • إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُوْلَى
    “Sesungguhnya (kesempurnaan pahala) sabar itu ketika mula ditimpanya.” (Muttafaq ‘alaih)

    Sabar yang menjadikan seseorang mendapat ganjaran pahala adalah sabar ketika di awal musibah dan inilah yang dinamakan sabar sebenarnya. Adapun jika seseorang itu sedang menghadapi musibah, tetapi menzahirkan rasa tidak senang terhadap musibah tersebut (sama ada melalui perkataan atau perbuatan), namun setelah itu dia berupaya menahan diri dan bersabar dengan musibah tersebut, maka ini bukanlah sabar yang sebenarnya.

  • Punca Memperoleh Rezeki Di Dunia dan Akhirat 
    ”Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian” (Fatir 29)

    Melalui amalan tilawah, solat dan sedekah, rezeki bawah sejadah muncul tanpa disangka-sangka baik di dunia mahupun di akhirat.

  • Hitung dan bandingkanlah antara nikmat nikmat yang anda perolehi dengan nikmat nikmat yang anda tidak perolehi , bandingkanlah juga hari hari yang anda sihat dengan hari hari yang anda tidak sihat. Anda dapati bahawa anda sebenarnya orang yang mendapat keuntungan.

    (Dr 'Aidh Al-Qarni).

  • Sebaik baik manusia adalah yang mengajar kebaikan dan sejahat jahat manusia adalah yang mengajar kejahatan . Orang yang pertama tadi kebaikannya terus mengalir hingga selepas kematiannya , dan orang kedua tadi pula kejahatannya terus mengalir hingga selepas kematiannya, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

    (Syeikh Abdul Aziz Al-Toranfi)

  • Sekiranya kamu ingin hidup bahagia untuk tempoh yang sekejap maka amalkanlah sikap berdendam itu , tetapi sekiranya kamu inginkan kebahagiaan yang berkekalan maka amalkanlah sifat suka memaafkan orang lain semua sekali.

    Hubungi Kami

    Pejabat Sukan & Rekreasi
    Universiti Sultan Zainal Abidin
    Kampus Gong Badak
    21300 Kuala Nerus
    Terengganu Darul Iman

      09-668 8521
      pusatsukan@unisza.edu.my

    Lokasi

    Pengunjung

    000073