Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Sukan & Rekreasi, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-668 8521

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Pengenalan

Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan nama Unit Sukan yang merupakan salah satu Pusat Tanggungjawab di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Kini PSR diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Encik Riduan bin Mohamed Arof dan dibantu oleh 22 orang kakitangan. Pusat Sukan dan Rekreasi berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan kakitangan universiti. Penubuhan ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti fizikal warga kampus selain membentuk sahsiah dan personaliti yang holistik sebagai seorang mahasiswa melalui program sukan dan rekreasi yang dirancang.

PSR juga berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Pembangunan sukan menjadi agenda utama dalam merencanakan program sukan universiti. PSR UniSZA telah diberi kepercayaan untuk menjadi PSR Memanah bermula tahun 2010 hingga 2011 dan telah dinaiktaraf kepada PKS Memanah pada tahun 2012 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hasil daripada kecemerlangan program pembangunan sukan memanah yang dilaksanakan di semua peringkat.

Hubungi Kami

Pejabat Sukan & Rekreasi
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8521
  pusatsukan@unisza.edu.my

Lokasi

Pengunjung

000073