PUSAT SUKAN SPECIALITIES

Stadium UniSZA
Stadium UniSZA dilengkapi dengan padang bola sepak bertaraf kejohanan, trek olahraga, tempat duduk berbumbung, serta pencahayaan malam yang sesuai untuk aktiviti waktu petang atau malam. Menjadi pusat riadah utama yang memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus dan komuniti.

PKS Memanah
UniSZA telah dipilih sebagai Pusat Sukan Tumpuan (PST) Memanah pada tahun 2010. Bermula pada tahun 2012, UniSZA telah diberi kepercayaan untuk menaik taraf PST Memanah kepada Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) Memanah di peringkat IPT

UniSZA Soccer Kids
UniSZA Soccer Kids Academy telah ditubuhkan dan dilancarkan pada 20 November 2023, bertujuan untuk memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran kepada komuniti setempat untuk mempelajari asas bola sepak.

Akademi Sunnah
UniSZA kini dalam usaha mempromosikan sukan sunnah iaitu sukan memanah dan berkuda. Ketersediaan sebuah stable dan jurulatih bagi sukan berkuda dan fungsi UniSZA sebagai PKS Memanah membolehkan sukan sunnah dibudayakan di sini.